Wednesday 18 February 2015

Sehari di Kuala Linggi dan Pengkalan Balak

Assalamualaikum para pembaca yang budiman...
Alhamdulillah, untuk entri kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang aktiviti KESPA yang sudah lama tidak mengadakan sambutan hari keluarga yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga staf. Paling akhir diadakan pada tahun 2010. Sejak itu, ada juga rancangan untuk mengadakan hari keluarga tetapi berlaku berbagai halangan dan kekangan yang tidak mengizinkan. Tapi alhamdulillah pada awal tahun ni KESPA telah melantik AJK yang baharu,penasihat yang berkaliber iaitu Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa iaitu Pn. Aminah Awang Basar dan diketuai oleh Puan Filzah Ibrahim serta barisan ahli jawatankuasa yang mantap telah sebulat suara bersetuju untuk mengadakan Hari Keluarga KESPA 2015. Apapun, nak kena jadi juga tahun ni... Maka, bermulalah amanah yang diberikan kepada saya, En. Zaidi dan Pn. Azilah iaitu kami ditugaskan untuk mengenal pasti lokasi untuk sambutan hari keluarga tersebut. Dengan penuh semangat, maka pada 11 Februari 2015 (Rabu) yang lalu, kami bersama-sama pemandu iaitu En. Syam bergerak dari ibu pejabat menuju ke destinasi yang dicadangkan iaitu di Linggi (Negeri Sembilan)dan Pengkalan Balak (Melaka). Perjalanan mengambil masa hampir tiga jam. Kami telah membuat sesi pemantauan (cewahhh... dah macam penguatkuasa pula ye) di empat buah lokasi atau chalet yang menjadi tumpuan orang ramai. 
Ok,destinasi pertama yang kami tuju ialah Umang-Umang Chalet... eeemm... pertama kali saya sampai di situ terpegun dengan keindahan pantainya yang cantik dan bersih, pasirnya yang halus dan paling seronok chaletnya hanya beberapa langkah sahaja dari persisiran pantai... ok, jom layan gambar..

Sesekali jadi mem...
Salah satu daripada jenis bilik penginapan

Buih-buih pantai...  
Dapat berendam sekejap pun jadilah...

Pantainya cantik sangat dan sangat mendamaikan dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa... aduihhh... memang tenang je... Chaletnya pula ada beberapa kategori dengan kadar harga yang berbeza. Pengurusan chalet ini menawarkan beberapa pakej untuk hari keluarga. Ok, jom tengok gambar di bawah...
Santai kan?


Buai-buai laju-laju..

Wakaf juga disediakan

Inilah kafe ala-ala Hawai...

Sukaneka boleh dibuat di sini

Salah satu kategori chalet


Cantik kan?

Nampak klasik

Terasa macam duduk di kampung


Laluan untuk ke tandas



Biar mimpi sampai ke bintang... heheheh



Yang ini biliknya di hujung



En. Zaidi di hadapan chalet berbentuk A



Bilik yang agak besar





Taman permainan


Kafe yang agak santai

Bilik di tingkat bawah dan atas


Ala-ala hotel

Selesa dan bersih


Pemandangan dari tingkat bawah

Memang teruja dengan keindahan

Landskap yang ringkas dan menarik





Dewan



Seronoknya dapat berbual di sini!

Lokasi kedua - D' Nelayan Beach Resort

Lokasi kedua ini lebih kurang lima kilometer dari Umang-Umang Chalet iaitu jalan menuju ke Pengkalan Balak... rupa-rupanya di sepanjang jalan, terdapat banyak chalet yang menawarkan harga dengan pakej yang menarik. Ok, kami sampai di sini...

























Keistimewaan di D' Nelayan Beach Resort ada menyediakan kolam renang yang saiznya tidaklah besar tetapi hanya sesuai untuk kanak-kanak sahaja. Seperti dalam gambar di bawah...




Maka, sesi perbincangan dengan pemilik atau pengusaha chalet pun dijalankan... pakej dan harga yang ditawarkan dan sebagainya...

Lokasi ketiga - Mesra Chalet

Mesra Chalet ini hanya terletak 50 meter dari D' Nelayan Beach Resort... tak jauh pun. Tempat ni hanya menyediakan chalet sahaja dan makan minum dan semua aktiviti perlu diuruskan oleh kita sendiri. Kak Azilah teruja sebab dia memang suka aktiviti masak-memasak dan aktiviti sendiri ni... eemmm... tapi masalahnya pula, chalet ni hanya menyediakan tujuh bilik sahaja sedangkan staf yang nak pergi seramai 11 orang beserta keluarga masing-masing... kecewalah juga... Apapun, kita tengok gambar dulu... 












Lokasi keempat - Teratak Rehat Atie Ira

Teratak ini bersebelahan sahaja dengan Mesra Chalet... Boleh tahan juga sebab saya ada terbaca banyak organisasi dan perseorangan yang mengunjungi teratak ini samada untuk hari keluarga atau percutian biasa. Ok, pemandangan sangat cantik, mengadap laut.. persisiran pantai, ada disediakan wakaf dan tempatnya memang sesuai untuk hari keluarga... ok, jom tengok gambar... 
















A

Selesai sudah sesi perbincangan bersama-sama pengusaha keempat-empat chalet ini. Pakej yang ditawarkan juga berbeza antara satu dengan yang lain. Keputusan untuk memilih lokasi yang terbaik bergantung kepada perbincangan dan pendapat daripada ahli KESPA. Insya-Allah, setelah itu apabila tiba masanya kelak, cerita hari Hari Keluarga KESPA 2015 akan dimuat naik sebagai entri.

Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca!